Friday, 23 October 2009

Lagu Minggu Ini: Banhart; apa nak jadi, jadi

Jawa campur yahudi barpakaian ala ala bapak ayam


Salam Semua,

Dengan segala gembar gembur budget 2010, sure lu orang tension. yang jadi cikgu lagi lah tension pasal pekerja pekerja civil telah di beri tahu dimana pada tahun 2010 tiada bonus untuk pekerja pekerja civil. gua pun tahu bagaimana rasannya apa bila bonus di batal kan, walhal aku pernah bertekak dengan bos aku tentang kenaikan gaji gaji para pegawai pegawai yang berkerja di bawah naungan nya. bukan itu saja, malahan aku terpaksa di halau dari meeting kerana bersikap money-orientated.




anyways, aku cadang kan para perkerja pekerja sivil supaya tidak membuat mogok atau riot setelah mendengar budget tahun 2o1o. kerana ia bukan saja menjejas kan ekonomi malahan ia juga bercanggah dengan falsafah 1malaysia. Dengan itu, aku cadang kan lu orang dengar apa yang aku nak offer di bawah ini.

Siapa tak kenal devendra banhart, kalau lu tak tau abang yang boleh main gitar plucking macam man bai memang maksud nya lu belum sharp dan lu kena lebih banyak membaca buku buku informasi dan bukan nya baca buku buku yang mencerita kan tentang spesifikasi gadget macam majalah, Stuff Magazine kerana gua gerenti lu orang yang soalan soalan tentang gadget tak kan keluar dalam kuiz seperti Famili Ceria, who wants to be a millionaire, jom teka lagu dan macam macam.

anyways, kalau lu tak kenal devendra banhart tak pa beb, untuk mengelak kan bias punya rating, gua rasa baik tak payah tau latar belakang si ahli muzik. Gua ingin memperkenal kan album terbaru mr. banhart yang bakal keluar pada 29 october ini.

Album yang terbaru ini berjudul, apa nak jadi dengan kita atau pun que seramos (bahasa spanyol) atau quoi nous serons (peranchis) atau pun what will we be (bahasa orang putih). Album yang bermotif romantisma ini mempunyai ciri ciri yang unik. dari segi bunyi, merdu dan stimulan. Secara ringas, ketiga tiga aspek ini memainkan peranan yang penting untuk membentuk latar belakang muzik banhart. Atau lebih pendek, ketiga tiga unsur itu mempunyai karma yang mempunyai mutual synchronized pependicular. In short, co-related.

Album yang terang terang jiwang ini sememangnya penyedap hati pendengar. Dengan irama yang berentak mellow sememangnya warja didendangkan pada musim monsoon. Pendek kata, gua label album ini sebagai album monsoon tahunan.

Anyways, kalau lu orang nak tibai laguu ni, gua rekemen lu tekan kat sini


Sekian

Jaki

salam Semua



Kini kembali online.

Atas sebab sebab yang tertentu, blog ini sudah tergendala dalam genap masa 1 bulan dan 3 hari mengikut kalender islam. setelah sengit dan menerima tomahan yang tidak adil daripada para pembaca yang ekstrim, kami berterima kasih kerana sanggup menunggu santapan santapan yang top, sharp dan deep dari para blogger maut dari BBLK.

yang dah jemu tgk headline "selamat meRiuhkan kampung"
Jacks

Sunday, 20 September 2009

selamat meRIUHKAN KAMPUNG.

Wei..
Selamat Hari Raya.Pada orang orang kampung...dan juga orang orang kotaraya yang beraya di kampung.

Chekedaut band tempatan yang agak baru dan mantap 'Alert The Village'. Kasitau orang kampung semua pasal band ni jemput main kenduri kawin.

Selamat bercuti.

Thursday, 17 September 2009

Lagu Minggu ini : woo hoo layne Stanley dah mati William DuVall pon OK WEI






apa cite geng.

harap harap semua orang on form dan gua harap mood raya tidak akan menggangu konsentrasi anda sewaktu berkerja dan bersekolah. anyways, gua nak inform lu orang lebih lebih lagi kepada season players yang suka musik ala ala crude grunge.

gua ada dapat info baru daripada boy seattle gua yang bernama roger menyata kan album baru Alice in Chains yang berjudul "Black Gives Way to Blue". Jangan risau beb, diorang tak sell out macam audioslave dan diorang tak main lagu ala ala Blues Geng. Pendek kata, diorang masih stay true macam M.Nasir dan konsep lagu ethnik nya. tapi Dengan si - alice in chains ini pula diorang masih main lagu ala ala era Layne Stanley, masih sharp dan tone tone lagu ala ala seattle boys masih lagi menjadi prinsip no 1. so, lu orang jangan risau la dengan penyanyi baru mereka yang bernama Mr.Will.i.am DuVall. Suara dia memang lebih kurang seperti si arwah Layne. Dan bila lu orang dengar album ni, memang bunyi album ni tak off key macam bila Zach.D chow dari Rage against the machine.

Cerita dia macam ni, setelah 14 tahun mendiam kan diri, Mr Cantrell dan rakan rakan telah buat re-union punya konsert pada tahun 2005 untuk raise fund mangsa mansa tsunami yang meletus dia Acheh. Untuk membuat band ini stay true kepada roots masing masing, Mr Cantrell telah memanggil rakan nya Mr. DuVall untuk menjadi front liner konsert yang telah di ada kan di Seattle. tight beb gua cakap lu. Pada konsert itu, kumpulan ini telah mendapat sambutan hangat dari pada peminat peminat Alice In Chains. memang heavy

Anyways, album 54 minit ini mempunyai 11 lagu yang boleh bla la kira dan gua gerenti lu memang sedap di dengar sewaktu lu orang buat assignment, paperwork, cashflow dan bila lu sasau (pasal suara dia memang STIM BAI).

Album ini di jangka akan keluar pada 29 September 2009. Oleh sebab gua top dan sharp, lu boleh tekan kat sini untuk tibai lagu ni beb..

Pendek kata, album ni memang boleh bla la kira bai..

sapu jangan tak sapu

J.L

Monday, 14 September 2009

Snapshot Ekonomi



Amacam kengkawan? Harap harap lu gentle dan jangan sampai terasa nak mengentel pulak time tengah hari yang panas ni. Ada hari tu salah seorang avid reader yang atas nama aming Tanya kat aku situasi ekonomi yang Nampak cam ok tapi ok ke? Anyways Nampak semua macam ok geng. Biasa la, festive season. Semua orang joli bukan main lagi, aku tahun ni siap dapat baju raya sampai 4 helai. Seluar chequered je 2 pasang. Topi Tropicana life ada girl beli kan tuk aku satu tetapi kasut hobbs yang gua nak sau kat KLCC tu bukan main siak. Harga RM 2,020. Memang bikin tekak gua berlobang macam iklan kat atas rokok tu bai. Tapi gua dah promise kat sally yang gua akan beli kasut itu dalam masa yang terdekat ah joi.

Anyways, tentang ekonomi Negara pula, jom kita analyze graf graf yang gua dapat dari top analyst dari bank unta. Tetapi sebelum itu, kita usha dulu indicator indicator sharp untuk long term performance. Apa cite kalau tengok benda lepas aje kan? Prospek masa depan pon nak kena tau gak aaan? Kalau lu tgk benda yang lepas je buat pe beb, lu tak kan jadi top boyz.

Anyways, dalam masa 5-7 tahun akan datang, Negara kita akan menjoli sebanyak RM 61.7 billion atau 17.8 billion USD. Kalau lu rasa itu satu pembaziran yang besar gua rasa lu wrong. Pasal ciput je bai 17.8 USD tu. Budget 61.7 billion tu semua nya approved contracts dan semua nya ada lah public service orientated punya investment. Meh gua selongkar sikit untuk lu punya pengetahuan dan lu boleh la cite lebih besar kat member member lu yang suka cite pasal project, meeting , project dan meeting. Budget 61.7 billion itu meliputi pelaburan kepada

  • a) Pahang Selangor Water transfer
  • b) Klang Valley LRT extension
  • c) Langat 2 water supply scheme
  • d) Bakun Transmission Line
  • e) West coast expressway
  • f) LCCT
  • g) Gemas- Johor Bahru Double Tracking Project

Kebanyakan projek projek ini akan di monitor oleh syarikat syarikat tempatan. 40% dari pada projek ni akan di beri kepada kontenda kontenda dari jepun, india dan Canada. Nampak gaya, kalau lu nak buat business dalam jangka masa yang akan datang, gua bajet lu carik la produk produk luar yang tight lepas tu lu approach la contractor contractor yang di beri projek ini untuk mengguna kan produk produk lu. Gua rekemen lu buat mikro analysis ah sub produk yang boleh digunakan untuk kesemua 7 projek besar ini.



Dari statistic di atas, Negara kita telah mengalami negative growth. Pada suku akhir tahun 2008, Negara kita punya GDP hanyalah 0.9%, pada suku pertama pula lebih kurang -6%, dan -4% pada suku ke dua. Jangkaan aku pada akhir tahun lepas sememang nya bolsai (bullseye) dan Negara kita sememang nya berada dalam keadaaan recession. Jangkaan pada suku ke-3 pula, analyst analyst maut menyata kan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik. Walaupun suku ke tiga masih negative, tetapi trend nya menghadap ke utara. Jangkaan pada suku ke-4 pula, ekonomi Negara akan meloloskan daripada ceiling yang membeza kan negative dan positif. Di jangkan bahawa GDP Negara akan meningkat sebanyak 5% pada suku ke 4. Secara rumusan nya, GDP Negara tahun ini sememang nya akan berada di atas pagar sama ada negative atau positif kita tunggu dan lihat. tapi baunya macam bau negatif je beb

Dengan adanya musim musim perayaan yang bergiat berlaku di Negara, sememangnya banyak pelaburan pelaburan kecil berlaku dengan volume yang banyak. Tetapi jangan lah sangka kan semua nya baik baik belaka. Dengan kadar minyak yang kurang aktraktif di sektor ekspolrasi dan produksi, projek projek minyak yang besar Nampak kurang aktif dan majority operator pelantar minyak semua nya sedang menuggu minyak naik lebih kurang $80 sebelum bergiat aktif semula.

Ini dapat dilihat dengan introduksi produk minyak yang kualiti rendah dan kadar pengeluaran harian semakin merosot setiap bulan. Di kota Labuan pula, kapal kapal banyak melabuh di pinggiran pantai kerana supply kapal yang berlebihan namun kadar pengunaan yang rendah. Bukan itu saja, indikasi seperti “shipment period” (semua syarikat perkapalan sekarang ni semua akan menyinggah ke port A, Port B , Port C dan Port D sebelum sampai ke port Klang, pendek kata memang mereka sedang all out dengan cost saving punya activity) yang semakin lembab juga telah menunjuk kan bahawa secara makro nya ekonomi dunia masih lagi lembab.


Kepada sesiapa yang tidak reti membaca graf, graf di atas itu menjunjuk kan accumulated loans disbursed. Nampak gayanya, sektor perbankan masih lagi lembab . walau bagaimanapun, indikasi diatas menunjuk kan bahawa kadar pengeluaran loan semakin meningkat dengan kadar yang agak terkawal. Peningkatan yang di lihat hanya lah lebih kurang 0.005% boleh di katakana agak slow. Kalau lu tak percaya, cuba la Tanya bapak lu kalau diorang ada mintak loan kat bank ke mana ke. Menurut info dalaman aku, kebanyakan wany yang di keluar kan ini lebih kurang 70% adalah terdiri daripada program program microfinance oleh syarikat bank. Lu nak tau apa itu mikro-finance, lu tengok ah cerita “yes man”. Anyways, kebanyak kan loan loan ini di saran kan kepada pembeli pembeli kereta. Kita pun tahu sejak kebelakangan ini semua benda lu nak beli boleh pakai credit. Konon nyaa di sebab kan oleh keadaan ekonomi yang menusup kalbu tat kala masyarakat. Sememangnya benar, kempen penjualan kereta nasional seperti MyVi semakin meningkat, kadar pembelian proton juga meningkat. Lu nak beli kereta sekarang tak payah bayar down payment pon tak pe bai, semua bank tanggung. Cuba lu tengok graf bawah ni, kadar pembuatan kereta kereta nasional meningkat sejak akhir akhir ini.


Di sektor kelapa sawit pula, harga pasaran sememang nya rendah. Dengan announcement yang di buat oleh Presiden bambang untuk membina Highway highway besar di Indonesia untuk menyambung Bandar Bandar besar Indonesia dan juga menambah output kelapa sawit telah menyebab kan harga pasaran menjadi kurang dari pada RM 2500 se-tan. Namun jua, kadar pengguaan di Malaysia dan dunia semamang nya masih tinggi dan kadar peningkatan harga sawit akan meningkat sebelum pengeluaran kelapa sawit di Indonesia meningkat. Jika anda tidak tahu, Malaysia merupakan pengeluar sawit terbesar dunia dan Indonesia merupa kan pensaing utama Malaysia di dalam industri pengeluaran sawit. Pada julai 2009, stok kelapa sawit di Malaysia, ada lah dalam lebih kurang 100% dari pada kadar pengunaan nya. Persoalan persoalan yang harus di tegar kan untuk memastikan industri Kelapa Sawit menjadi kukuh adalah

  • a) Mampu kah kita menjadi pengeluar terbesar kelapa sawit jika impian Bambang menjadi realiti?
  • b) Mampu lagi kah kita untuk mengawal harga pasaran?
  • c) Menciptaan mesin atau jentera jentera bio diesel bila nak siap? Kerana jika plant plant biodiesel menjadi 100% optimum, kadar pengunaan sawit boleh di diversifikasi kan lalu meningkat kan kadar pengunaan sawit untuk masa hadapan.


Akhir kata, Negara kita kini mengalami deflasi. Tak percaya, lu boleh dapat makan teh tarik dengan roti canai dengan pakej 1Malaysia. Anyways, dengan ada nya deflasi ini, nilai wang yang ada di dalam kocek anda semua nya akan meningkat, jika kejadian ini tidak di kawal, ia boleh member kan impak negative kepada nilai matawang Negara dan secara rawak nya boleh meninggal kan kesan kepada movement import dan export. Bagai mana kah zeti akan mengawal kadar deflasi yang semakin menurun ini? Jika potongan interest yang semakin menjadi jadi, ini akan menyebabkan pelaburan asing di Negara ini menjadi kurang aktraktif dan rating bond Negara menjadi lebih rendah kerana yield yang diberi menjadi kurang. Dengan kadar interest yang sudah rendah ini, mampukah kita me-rejuvinasi kan keadaan ekonomi yang lembab ini?

Lu pikir la sendiri

Sekian,












JACK LINGAM